Ahad, 5 Februari 2012

TAJUK 4 - PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.

KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU
Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
I.                    Kemahiran berbahasa
II.                  Kemahiran Bernilai Tambah
III.                Kemahiran TMK
IV.                Kemahiran Berfikir
V.                  Kemahiran masa Depan
VI.                Kemahiran Kontekstual
VII.              Kemahiran Belajar Cara Belajar

FAKTOR PEMILIHAN BAHAN DI INTERNET


i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan

KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH BAHAN INTERNET
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru menyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.

MEMILIH BAHAN SASTERA


Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

JENIS-JENIS SASTERA
·         Pantun
·         Sajak
·         Seloka
·         Gurindam
·         Cerita Pendek
·         Syair

MEMILIH BAHAN TATABAHASA
Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

JENIS-JENIS BAHAN TATABAHASA
Senarai di bawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Tugas
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa

MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

JENIS BIDANG ILMU LAIN
I.                    Ilmu Agama
II.                  Ilmu Sains
III.                Ilmu Matematik
IV.                Ilmu Sejarah
V.                  Ilmu Kajian Geografi
VI.                Ilmu Semasa

BROSUR PENDIDIKAN ABAD KE-21

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang

Jumaat, 27 Januari 2012

ETIKA DAN PRINSIP PENGGUNAAN INTERNET

Pembentangan Melalui Power Point Etika dan Prinsip Penggunaan Internet




Slide 1


Slide 2


Slide 3


Slide 4


Slide 5


Slide 6


Slide 7


Slide 8


Slide 9


Slide 10


Slide 11


Slide 12


Slide 13


Slide 14


Slide 15


Slide 16


Slide 17


Slide 18


Slide 19


Slide 20


Slide 21


Slide 22





Khamis, 26 Januari 2012

MINGGU 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
ETIKA KOMPUTER
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat 

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  •   Penggertak
  •  Penyalahgunaan internet
  •   Virus
  •   Hak cipta
  •  Perisian cetak Rompak
 Penggertak:
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.



Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.


Virus:
  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.


Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. 
  • Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu dalam membuat proses memuat turun agar tidak dianggap menciplak hasil kerja. 


Perisian cetak rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan termaklum
• keadilan
• Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT :
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.



2. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.
3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur). Contoh design yang dipilih ialah Bubble



Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Persatuan.



Setelah itu masukkan butiran seperti:
·         Tajuk program yang akan diadakan
·         Nama penaja
·         Tarikh dan hari program akan diadakan
·         Aktiviti yang akan dijalankan
·         Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan


Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point.
    

MINGGU 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Sabtu, 14 Januari 2012

MINGGU 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


  • Menggunakan web, video, audio dan imej.
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.   
          Fail Internet
     
        1. Kata Tanya
           http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ktanya.htm


        2. Kata Ganti Nama
           http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=BM&b=JUL&m=1&t=2&r=m&i=NOTA


          Katalog Internet
        
Tajuk
Khasiat Buah-buahan
URL
Sinopsis
Artikel ini membincangkan khasiat dan kebaikan buah-buahan.
        
Tajuk
Rumah Tradisional Melayu
URL
Sinopsis
Artikel ini membincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor pembuatan rumah tradisional 

Pro Forma Kursus BMM 3105





Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
(Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language)
Kod Kursus
BMM 3105
Kredit
3 (0 + 3)
Jam Interaksi
90 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on  line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

This course describes the usage of Internet, selection of Internet resources, website, learning homepage; on-line and off-Line learning; link model in organizing resource, linkage within resources; onlline teaching resources editing; using Malay language in Internet; teaching of Malay language through video conferencing, usage of writing tools; animation in presentation; and using learning CDs in teaching and learning Malay language.

Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog. 
6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. 
6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point 
6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain
6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu 
6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran 
6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan 
6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
  • Membentangkan hasil kerja antara institut
  • Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut
6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
  • Merakamkan perbualan
6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
3
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran 
6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran 
6
JUMLAH
90

Penilaian
Kerja kursus                        100%
Peperiksaan Akhir               - 
Rujukan Asas
Beatty, Ken. (2003). Teaching and Researching computer-assisted language learningLondon: Longman.
Rujukan Tambahan
Bull Susan. (1993).  Towards user system collaboration in the development of a student model for intelligent computer assisted language learningEdinburg: Universtiy of Edinburg.


Bull Susan. (1994). Student modelling beyond domain knowledgeEdinburg: University of Edinburg.


Hardisty, D., Windeatt, S., (1989) CallLondon: O.U.P.


Levy Micheal.  (1997).  Computer-assisted language learning: Context and ConceptualizationOxford: Oxford University Press.