PENGENALAN
Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap
pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan
terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu
jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai
dan yang tidak sesuai.
KEMAHIRAN DALAM
BAHASA MELAYU
Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui
beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian
bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan,
menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
I.
Kemahiran berbahasa
II.
Kemahiran Bernilai Tambah
III.
Kemahiran TMK
IV.
Kemahiran Berfikir
V.
Kemahiran masa Depan
VI.
Kemahiran Kontekstual
VII.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
FAKTOR PEMILIHAN
BAHAN DI INTERNET
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan
KEPENTINGAN SELEPAS
MEMILIH BAHAN INTERNET
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil
beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber
rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan
sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru menyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.
MEMILIH BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P
yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap
pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil
kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.
JENIS-JENIS SASTERA
·
Pantun
·
Sajak
·
Seloka
·
Gurindam
·
Cerita Pendek
·
Syair
MEMILIH BAHAN
TATABAHASA
Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk
menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau
mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal
ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih
berkesan.
JENIS-JENIS BAHAN
TATABAHASA
Senarai di bawah merupakan beberapa contoh jenis bahan
tatabahasa
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Tugas
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa
MEMILIH BAHAN BIDANG
ILMU LAIN
Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang
diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini
haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
JENIS BIDANG ILMU
LAIN
I.
Ilmu Agama
II.
Ilmu Sains
III.
Ilmu Matematik
IV.
Ilmu Sejarah
V.
Ilmu Kajian Geografi
VI.
Ilmu Semasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan